Bekas Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua, dan empat lagi ahli PKR dipecat selepas bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 yang lepas, tanpa persetujuan parti.<br /><br />Empat yang dipecat terdiri daripada Puah Chee Haur dari Cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali (Cabang Gopeng), M. Mohganan (Cabang Taiping) serta Nur Khairunisa Abdullah (Cabang Sadong Jaya).